Monday, September 13, 2010

Saturday, July 24, 2010

best!

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw

Friday, May 21, 2010

entri untuk mak

Walaupun hari ibu dah nak dekat 2 minggu berlalu, rasanya belum terlambat untuk saya nak buat entri ni. Apalah sangat 2 minggu kalau nak dibandingkan dengan 9 bulan mak mengandungkan saya. Cewah.

Sebab ini entri untuk emak, kata ganti diri pun tukar dari 'aku' jadi 'saya'. Sejuk sikit mata mak baca. Kan? Kan mak? Hehe.

Mak suka tak kalau saya kata hidup saya banyak dipengaruhi mak? Saya tengok kawan-kawan saya pun macam tu. Mereka ada pelbagai abiliti hasil dari didikan mak mereka. Ada seekor kucin tu nama cika, dia ada abiliti kunyah cili padi selamba macam kunyah roti gardenia. Kononnya lebih enak dimakan begitu saja. Tak taulah dia ada deria rasa pedas ke tak.
Saya syak kan, dulu dia ni mulut lahar time kecik-kecik. Jadi mak dia selalu cili-cilikan mulut dia. Tu yang sekarang dia dah tak kenal rasa cili. Saya boleh bayangkan dia hulur-hulur mulut dia dekat mak dia mintak dicili. 'Cililah, cililah. Tak takut' heh. Gila deep imaginasi saya. Saya kan anak mak. Kan mak?

Saya ada seekor lagi kawan dekat sini nama elin. Hari tu, dia ada bagitau saya abiliti dia. Dia bisik kat telinga saya, 'Elin boleh menyorok dalam gelap. Sorang pun tak sedar'. Mula-mula saya tak percaya. Tapi hari tu bila pergi camping btn dengan dia, baru saya tau dia bercakap benar. Masa malam hari, kalau nampak baju hijau tak ada kepala dengan tangan, saya tau itulah elin. Hebat kan?
Saya syak dia ni time kecik-kecik suka lari menyorok dalam almari baju time kena marah dengan mak. Sekali mak dia jerit 'Ha menyorok. Menyorok. Karang kena sorok dengan orang minyak baru tau'. Sumpahan mak dia taklah betul-betul jadi. Agaknya orang minyak tu sempat kesat-kesat minyak je dekat kulit dia. Kuat betul pengaruh emak elin dekat dia.

Mak kenal dbot? Dia ni kucin yang saya suka. Dia ni lagi kuat pengaruh mak dia. Masa kecik-kecik dulu dia ni pelat. Puas mak dia ajar cakap betul-betul tapi tak jadi jugak. Last-last, mak dia pun suruh baca buku cerita banyak-banyak. Sebab tu, sekarang ni kalau borak-borak dengan dia, jangan terkejut kalau dia start dengan, 'Pada satu ketika dulu..' Hehe.
Ha? Apa? Isy, tak baik cakap dia skema. Kesian tau.

Saya ingat sikit-sikit semua yang mak buat dekat saya masa kecik. Saya ingat mak suap saya makan. Mak suruh kunyah, tapi saya terus telan nasik tu. Lepas tu merengek sakit perut.
Mak teman saya dekat hospital masa kaki saya luka masuk kaca. Mak jaga saya masa kena sunat darjah 1. Puas mak suruh makan ubat, tapi saya ludah balik. Trick masukkan ubat sunat dalam agar-agar pun tak menjadi. Hehe.
Lagi, mak ajar saya baca buku puteri santubong, mak ajar saya mengaji sampai pandai, mak mandikan saya, mak sikat rambut saya belah tepi, mak tuck-in kan baju saya, mak bagi duit belanja singgit tiap-tiap hari, mak hantar saya pergi sekolah, mak pujuk saya menangis kena marah ayah, mak rotan saya sebab main-main masa semayang, mak belikan kek dekat hotel uitm masa saya demam seminggu. Nak pujuk alas perut punya pasal.
Paling sweet, mak masakkan saya mi hailam lepas tu mak, saya, kani kongsi makan ramai-ramai dalam pinggan besar. Sedap. Sampai sekarang saya suka mi. Besar pengaruh mak dekat saya. Saya kan anak mak. Kan mak?

Saya sayang mak sangat-sangat.
Saya tau cika, elin dengan dbot pun mesti sayang emak diorang.
Saya janji berpuluh-puluh hanger yang mak patahkan dekat punggung saya dulu tak sia-sia. Hehe.
Selamat Hari Ibu, mak.

Saturday, March 6, 2010

Aku memang rajin update.

ok. ini 1st update untuk 2010. hehe

Aku da makin gemuk. Ada seekor kucin betina ajar aku kunyah fries mekdi celup mekflurry. Dan aku ketagih.

...
...
...

Ada rasa masin-masin manis kehidupan.
Sebelum ni hidup tu rasa asam dan garam je.

ok dah. tu je. meow.

Sunday, November 15, 2009

Oh Terharu.

ahahahahahahaha hehehehehehe hihiihihihi uhuhuhuhuhu ok ok dah.
Aku baru tau minggu lepas yg aku punya sisa-sisa blogger yang masih ada hati datang menjilat-jilat blog aku. Walaupun dah berbulan-bulan aku membiarkan blog ini dilitupi sesawang, sekali-sekala rupanya ada juga yang tolong bersihkan.
Jujur. 5 fakta kenapa aku dah malas nak update?
Satu. Aku hampir-hampir lupa password. Dua. Aku memang tak berbakat dalam blogging.
Tiga. Aku suka cari alasan. Empat. Takde orang bagi aku tulang ikan kat sini. Lainla kat pasar malam Ampangan. Lima. Orang ingat kucing yang main blog tak comel.

Tapi minggu lepas semua itu berubah.
Seekor kucing betina yg aku selalu telepon bertanya, tak habis lagi ke barrel yang aku makan tu?

Aku diam.
Dan senyum lebar. Macam ni.
Meow.

Sunday, June 14, 2009

Grad.

Rasa macam nak makan barrel.
Meow.

Tuesday, May 12, 2009

Dulu aku gila. Sekarang tak.

Aku baru habis final exam untuk final year.
Biasanya orang akan hepi2 bila dah tamat pengajian, tapi tidak bagi aku. Sebab aku betul2 tak perform masa paper bond - analysis and evaluation of fixed income securities. Hanya 2 soalan daripada 9 yang betul2 aku jawab dengan penuh yakin. Selebihnya aku menggunakan kepakaran menggoreng. Tapi untuk paper calculation, mana mungkin gorengan itu mampu jadi gorengan secukup rasa, cukup pedas masam dan manisnya. Lainlah kalau paper teori.
Sudahlah aku tak dapat menjawab, environment langsung tak membantu. Dengan kesejukan tahap melampau Dewan Seri Peria, pengawas2 peperiksaan macam tak paham2 je yang aku amat sejuk walaupun aku suda setengah jam berpeluk tubuh dan buat2 menggigil. Padahal meja pengawas betul2 setentang aku (kerana aku duduk paling depan haha). Maka sesudah 3 jam memerah dan memulas otak, aku keluar dewan dengan perasaan paling kecewa, moral down tahap dewa, dan aku seorang yang berjalan pulang memandang bawah sampai ke kolej, sedang kawan2 semua mampu bergelak ketawa.
Balik kolej, aku terus tidur. Tidur. Dan tidur lagi. Bangun tidur, aku tengok movie. tengok. 8 kali lagi. Dan sepanjang tempoh itu, aku masih lagi down. Sehinggalah aku menonton siri how i met ur mother. Korang mesti pernah dengar cerita ni.
Kisah seorang ayah bercerita pada anak-anaknya bagaimana dia bertemu emak mereka. Habis satu season aku tengok satu malam, tapi sampai ke akhir, aku tertanya-tanya kenapa sampai ke hujung episod pun, ayahnya masih belum berjumpa emak2 mereka. Akhirnya aku dapat satu jawapan, malah jawapan itu terus memulihkan keresahan tahap menggila aku. Aku dah normal kembali. Nak tau? Kerana kalau ayahnya berjumpa emaknya dihujung cerita, siri itu tentu akan tamat di situ. Jadi, aku tak mau cerita aku pun begitu. Aku tak mau cerita aku senang2 tamat disini. Aku mahukan cerita aku cerita yang exciting, penuh cabaran dan aku mampu mengharungi semuanya. Andai aku perlu sup paper untuk paper bond, aku tak kisah, malah aku sanggup ulang dan ulang hingga aku berjaya. Sebab aku tak mahu cerita aku tamat di sini. Faham tak? =p
Meow.