Sunday, November 15, 2009

Oh Terharu.

ahahahahahahaha hehehehehehe hihiihihihi uhuhuhuhuhu ok ok dah.
Aku baru tau minggu lepas yg aku punya sisa-sisa blogger yang masih ada hati datang menjilat-jilat blog aku. Walaupun dah berbulan-bulan aku membiarkan blog ini dilitupi sesawang, sekali-sekala rupanya ada juga yang tolong bersihkan.
Jujur. 5 fakta kenapa aku dah malas nak update?
Satu. Aku hampir-hampir lupa password. Dua. Aku memang tak berbakat dalam blogging.
Tiga. Aku suka cari alasan. Empat. Takde orang bagi aku tulang ikan kat sini. Lainla kat pasar malam Ampangan. Lima. Orang ingat kucing yang main blog tak comel.

Tapi minggu lepas semua itu berubah.
Seekor kucing betina yg aku selalu telepon bertanya, tak habis lagi ke barrel yang aku makan tu?

Aku diam.
Dan senyum lebar. Macam ni.
Meow.

Sunday, June 14, 2009

Grad.

Rasa macam nak makan barrel.
Meow.

Tuesday, May 12, 2009

Dulu aku gila. Sekarang tak.

Aku baru habis final exam untuk final year.
Biasanya orang akan hepi2 bila dah tamat pengajian, tapi tidak bagi aku. Sebab aku betul2 tak perform masa paper bond - analysis and evaluation of fixed income securities. Hanya 2 soalan daripada 9 yang betul2 aku jawab dengan penuh yakin. Selebihnya aku menggunakan kepakaran menggoreng. Tapi untuk paper calculation, mana mungkin gorengan itu mampu jadi gorengan secukup rasa, cukup pedas masam dan manisnya. Lainlah kalau paper teori.
Sudahlah aku tak dapat menjawab, environment langsung tak membantu. Dengan kesejukan tahap melampau Dewan Seri Peria, pengawas2 peperiksaan macam tak paham2 je yang aku amat sejuk walaupun aku suda setengah jam berpeluk tubuh dan buat2 menggigil. Padahal meja pengawas betul2 setentang aku (kerana aku duduk paling depan haha). Maka sesudah 3 jam memerah dan memulas otak, aku keluar dewan dengan perasaan paling kecewa, moral down tahap dewa, dan aku seorang yang berjalan pulang memandang bawah sampai ke kolej, sedang kawan2 semua mampu bergelak ketawa.
Balik kolej, aku terus tidur. Tidur. Dan tidur lagi. Bangun tidur, aku tengok movie. tengok. 8 kali lagi. Dan sepanjang tempoh itu, aku masih lagi down. Sehinggalah aku menonton siri how i met ur mother. Korang mesti pernah dengar cerita ni.
Kisah seorang ayah bercerita pada anak-anaknya bagaimana dia bertemu emak mereka. Habis satu season aku tengok satu malam, tapi sampai ke akhir, aku tertanya-tanya kenapa sampai ke hujung episod pun, ayahnya masih belum berjumpa emak2 mereka. Akhirnya aku dapat satu jawapan, malah jawapan itu terus memulihkan keresahan tahap menggila aku. Aku dah normal kembali. Nak tau? Kerana kalau ayahnya berjumpa emaknya dihujung cerita, siri itu tentu akan tamat di situ. Jadi, aku tak mau cerita aku pun begitu. Aku tak mau cerita aku senang2 tamat disini. Aku mahukan cerita aku cerita yang exciting, penuh cabaran dan aku mampu mengharungi semuanya. Andai aku perlu sup paper untuk paper bond, aku tak kisah, malah aku sanggup ulang dan ulang hingga aku berjaya. Sebab aku tak mahu cerita aku tamat di sini. Faham tak? =p
Meow.

Monday, March 30, 2009

Hidup mati student investment.

Aku dah lama tak update.
Viva betul2 jadi kekangan untuk aku menulis.
Aku janji lepas ni aku akan menyajikan entri-entri yang lebih menarik untuk tatapan anda semua dan lebih penting, untuk kepuasan sendiri hehe.
Hingga bertemu lagi.

Meow.

Monday, March 2, 2009

Doakan aku

Aku tak apa-apa.
Betul aku tak apa-apa.
Tapi tipu kalau aku kata aku tak sedih.
Hati aku hancur. Remuk.
Aku sempat memandang 'hasil'nya dengan mata sendiri.
Walaupun aku patut rasa bersyukur,
kerana ia boleh sahaja berlaku pada sesiapa hatta pada diriku
namun kadang-kadang aku masih gagal mengawal perasaan.
Jarang orang tau pun, aku selalu memendam seorang.
Terima kasih untuk semua yang menghulurkan bantuan dan simpati.
Di saat-saat begini, aku amat hargai semua.
Hari ini, aku mahu cari jawapan sebenar
tentang apa sebenarnya yang berlaku semalam
apa cerita tersirat di sebalik insiden yang tersurat.
Doakan aku berjaya.
KEMBARAku masih jauh..

Meow.

Wednesday, February 25, 2009

Debat Piala Seri Wacana + CLUMSY dan MALANG

Lama tak update. Jom mulakan.

Pertandingan Debat Piala Seri Wacana adalah program tahunan yang diadakan di UiTM Johor yang dianjurkan oleh Kelab Debat dan Pidato. Pertama kali aku mendengar nama itu ketika masih semester 1, semuanya gara -gara kejayaan sulung aku dalam cubaan mencapub di dalam orientasi kolej haha. Maka masuklah aku yang masih naïf bersama-sama 2 sahabat, ke dalam satu perjuangan yang melibatkan 8 buah kolej yang lain dengan beberapa wakil dari persatuan-persatuan akademik.

Dengan berbekalkan kosong pengalaman, secubit fakta dan bermodalkan lidah yang sering tergagap-gagap, kami kekal mahu berentap. Lima match awal benar-benar menyesakkan nafas, meletihkan fizikal mental, dan rela menerima gelak tawa juri kerana tersalah sebut YANG DIPERTUA menjadi YANG MERTUA dan KETUA PEMBANGKANG menjadi KETUA PEMANGGANG. Entah silap dimana-mana, walaupun team aku masih dianggap mentah, kami berjaya melangkahkan kaki ke pentas final. Ia benar-benar memutikkan harapan (chewah) buat team kami khususnya dan warga Taming Sari umumnya. Namun usul ‘Pasca Merdeka Lebih Memeritkan’ kedengaran amat memeritkan telinga apabila kami selaku kerajaan pasrah mendengar usul ditolak dari meja juri, diiringi tepukan dan sorakan gemuruh penyokong-penyokong wakil Quasar.

Itu cerita 2 tahun yang lepas.
Kini aku di tahun ketiga.
Kini aku senior debat.
Kini aku pula yang menjadi juri.

Dan kini baru aku memahami perasaan kelakar apabila peserta tersalah sebut, terlebih gaya dan tersalah fakta. Malah aku menemui pelbagai ragam peserta yang kebanyakannya dipaksa oleh kolej masing-masing.

1. Bayangkan bagaimana perasaan kelakar mendengar usul ‘Sukan Medium Perpaduan’, pihak kerajaan mendefinisikan sukan sebagai SUKANEKA yang dianjurkan di SUKAN SEA?! Hai, debat sekolah pun jauh lebih baik.

2. Ketika final, ada pasukan yang membawa fakta kes mengatakan SYEIKH MUSZAPHAR TELAH BERJAYA MENDARAT DI BULAN?!
Haha Syeikh Muszaphar pergi ISS jelah.

Namun aku tetap berbangga kerana berpeluang menjadi juri untuk perlawanan separuh akhir antara PERSIDA dan DIBA yang aku kira berjaya mengupas usul dengan baik ‘AUKU:Penyebab Mahasiswa Lesu’. Kredit untuk 3rd speaker PERSIDA yang aku kira cukup cemerlang membidas kes.

Sudah. Mari cerita pasal aku yang clumsy dan malang.

3 perkara yang berlaku pada aku antara tempoh dua minggu.

1. Bagi Pelajar-pelajar UiTM Johor, pasti mereka tahu ada bukit kecil antara pintu belakang dengan pintu depan LT belah tempat parking. Ia mencatat sejarah buat aku di satu pagi Jumaat apabila tanpa niat pun, aku berjaya menggelongsorkan diri dengan penuh cemerlang sehingga terhentak punggung sekaligus menyakitkan tulang belakang. Dan tambah malang, satu batch student DIIA part 6 menyaksikan kejadian penuh tragik itu. Ada yang cuba menahan gegaran tawa di bahu dan cuba membuat muka “Alah, kesiannya dia.. jatuh cam budak kecik” atau menjerit mesra, ” Kau ok tak?”. Haha tenkiu sebab concern. Tahniah juga kerana berjaya merakamkannya dalam ingatan.

2. Aku sedang mandi dan seperti biasa menyanyi dengan penuh riang di bilik air.
Ketika sedang menyapu sabun, lantai tiba-tiba menjadi licin dan keseimbangan badan aku hilang. Maka graviti pun menjalankan tugasnya dan bunyi memainkan nada yang amat kuat seperti bunyi anak ikan paus pembunuh terhempas di pantai. DEBUB!!!
Aku dengar dua tiga orang di luar bertanya “Apa tu?!”.
Aku kekal di lantai sambil menekup mulut untuk mengelakkan suara gelihati aku didengari lantas dikenali orang luar.

3. Hari itu hari kedua pertandingan debat dan aku benar-benar lewat. Aku cepat-cepat ke bilik air dan melakukan rutin biasa, mencuci muka. Aku picit sikit dan lumurkan ke seluruh muka. Tiba-tiba aku dapat rasakan muka aku panas dan berangin.
Aku menjeling ke arah tangan dan mendapati aku sedang memegang UBAT GIGI SENSODYNE!
Argh! Tension! Ini tidak patut! Kenapa ubat gigi itu tak dipekkan dalam pek bentuk ubat gigi biasa? Kenapa bentuknya perlu disamakan dengan pencuci muka AIKEN aku?!
Dan kenapa ia perlu berlaku ketika aku nak cepat dan bergegas-gegas?

Dahlah tu. Esok-esok sambung. Nak pegi guling-guling jap.

Meow.


Saturday, January 31, 2009

Selamat Pagi Whiskas!

Hai.
Nama saya cikolat.
Kucin yang dah 2 bulan baca blog orang lain senyap2.
Tapi malam ni lain. Malam ni saya pun nak tulis blog jugak.
Sebelum anda teruskan membaca, perlu diingatkan saya menulis mengikut cepar fikir seekor kucin yang naif, jauh bezanya dengan manusia yang punya akal seperti anda semua. Maka sedikit sebanyak pasti ada cacat cela dan lebih kurang dimana-mana. Untuk itu, saya mohon ampun awal-awal kerana tak mampu puaskan hati semua pihak.
Saya hanya seekor kucin.
Kucin yang baru belajar merayau.
Sila beri tunjuk ajar.

Meow.