Monday, March 2, 2009

Doakan aku

Aku tak apa-apa.
Betul aku tak apa-apa.
Tapi tipu kalau aku kata aku tak sedih.
Hati aku hancur. Remuk.
Aku sempat memandang 'hasil'nya dengan mata sendiri.
Walaupun aku patut rasa bersyukur,
kerana ia boleh sahaja berlaku pada sesiapa hatta pada diriku
namun kadang-kadang aku masih gagal mengawal perasaan.
Jarang orang tau pun, aku selalu memendam seorang.
Terima kasih untuk semua yang menghulurkan bantuan dan simpati.
Di saat-saat begini, aku amat hargai semua.
Hari ini, aku mahu cari jawapan sebenar
tentang apa sebenarnya yang berlaku semalam
apa cerita tersirat di sebalik insiden yang tersurat.
Doakan aku berjaya.
KEMBARAku masih jauh..

Meow.

1 comment:

  1. Salam,
    kepada Tuan Blog "KUCIN KALER COKLAT,
    Andeh tertarik dengan entry yang bertajuk "Debat Piala Sri Wacana + CLUMSY Dan MALANG"

    Andeh cume nk berpesan, andai ada pertandingan2 debat seumpamanya lagi pd masa akn datang, jemput2lah kami warga alumni debat UiTM Johor yang telah sekian lama mempertahankan kemenangan sebelum Kelab "tumbang" selepas ketiadaan pewaris gemilang dan perpindahan Penasihat club yang cemerlang. Selama kami di medan perjuangan, tiap kali pertandingan pasti mencuba harumkan nama club tersayang, dengan 1001 kemenangan..

    Semoga arena debat terus berkembang ..
    Andai perlukan khidmat kami selaku senior yang telah lama meninggalkan kampus penuh kenangan,
    hubungi Andeh melalui 'chatbox' di blog Andeh. Kami senior2 debat (Kak Pat, Bro Joe (Andeh), Kak Suemayyah, Bro Faizal, Nasa, Azrin, Nani, Kimie, dan lain2 sedia turun membantu..

    Akhir kalam, sampaikan salam buat En Syam
    (En. Syamsyul, yang juga bekas penasihat kelab debat dan pengasas nama Piala Sri Wacana UiTM Johor)

    Wallahu a'lam

    -Andeh-

    ReplyDelete