Wednesday, February 25, 2009

Debat Piala Seri Wacana + CLUMSY dan MALANG

Lama tak update. Jom mulakan.

Pertandingan Debat Piala Seri Wacana adalah program tahunan yang diadakan di UiTM Johor yang dianjurkan oleh Kelab Debat dan Pidato. Pertama kali aku mendengar nama itu ketika masih semester 1, semuanya gara -gara kejayaan sulung aku dalam cubaan mencapub di dalam orientasi kolej haha. Maka masuklah aku yang masih naïf bersama-sama 2 sahabat, ke dalam satu perjuangan yang melibatkan 8 buah kolej yang lain dengan beberapa wakil dari persatuan-persatuan akademik.

Dengan berbekalkan kosong pengalaman, secubit fakta dan bermodalkan lidah yang sering tergagap-gagap, kami kekal mahu berentap. Lima match awal benar-benar menyesakkan nafas, meletihkan fizikal mental, dan rela menerima gelak tawa juri kerana tersalah sebut YANG DIPERTUA menjadi YANG MERTUA dan KETUA PEMBANGKANG menjadi KETUA PEMANGGANG. Entah silap dimana-mana, walaupun team aku masih dianggap mentah, kami berjaya melangkahkan kaki ke pentas final. Ia benar-benar memutikkan harapan (chewah) buat team kami khususnya dan warga Taming Sari umumnya. Namun usul ‘Pasca Merdeka Lebih Memeritkan’ kedengaran amat memeritkan telinga apabila kami selaku kerajaan pasrah mendengar usul ditolak dari meja juri, diiringi tepukan dan sorakan gemuruh penyokong-penyokong wakil Quasar.

Itu cerita 2 tahun yang lepas.
Kini aku di tahun ketiga.
Kini aku senior debat.
Kini aku pula yang menjadi juri.

Dan kini baru aku memahami perasaan kelakar apabila peserta tersalah sebut, terlebih gaya dan tersalah fakta. Malah aku menemui pelbagai ragam peserta yang kebanyakannya dipaksa oleh kolej masing-masing.

1. Bayangkan bagaimana perasaan kelakar mendengar usul ‘Sukan Medium Perpaduan’, pihak kerajaan mendefinisikan sukan sebagai SUKANEKA yang dianjurkan di SUKAN SEA?! Hai, debat sekolah pun jauh lebih baik.

2. Ketika final, ada pasukan yang membawa fakta kes mengatakan SYEIKH MUSZAPHAR TELAH BERJAYA MENDARAT DI BULAN?!
Haha Syeikh Muszaphar pergi ISS jelah.

Namun aku tetap berbangga kerana berpeluang menjadi juri untuk perlawanan separuh akhir antara PERSIDA dan DIBA yang aku kira berjaya mengupas usul dengan baik ‘AUKU:Penyebab Mahasiswa Lesu’. Kredit untuk 3rd speaker PERSIDA yang aku kira cukup cemerlang membidas kes.

Sudah. Mari cerita pasal aku yang clumsy dan malang.

3 perkara yang berlaku pada aku antara tempoh dua minggu.

1. Bagi Pelajar-pelajar UiTM Johor, pasti mereka tahu ada bukit kecil antara pintu belakang dengan pintu depan LT belah tempat parking. Ia mencatat sejarah buat aku di satu pagi Jumaat apabila tanpa niat pun, aku berjaya menggelongsorkan diri dengan penuh cemerlang sehingga terhentak punggung sekaligus menyakitkan tulang belakang. Dan tambah malang, satu batch student DIIA part 6 menyaksikan kejadian penuh tragik itu. Ada yang cuba menahan gegaran tawa di bahu dan cuba membuat muka “Alah, kesiannya dia.. jatuh cam budak kecik” atau menjerit mesra, ” Kau ok tak?”. Haha tenkiu sebab concern. Tahniah juga kerana berjaya merakamkannya dalam ingatan.

2. Aku sedang mandi dan seperti biasa menyanyi dengan penuh riang di bilik air.
Ketika sedang menyapu sabun, lantai tiba-tiba menjadi licin dan keseimbangan badan aku hilang. Maka graviti pun menjalankan tugasnya dan bunyi memainkan nada yang amat kuat seperti bunyi anak ikan paus pembunuh terhempas di pantai. DEBUB!!!
Aku dengar dua tiga orang di luar bertanya “Apa tu?!”.
Aku kekal di lantai sambil menekup mulut untuk mengelakkan suara gelihati aku didengari lantas dikenali orang luar.

3. Hari itu hari kedua pertandingan debat dan aku benar-benar lewat. Aku cepat-cepat ke bilik air dan melakukan rutin biasa, mencuci muka. Aku picit sikit dan lumurkan ke seluruh muka. Tiba-tiba aku dapat rasakan muka aku panas dan berangin.
Aku menjeling ke arah tangan dan mendapati aku sedang memegang UBAT GIGI SENSODYNE!
Argh! Tension! Ini tidak patut! Kenapa ubat gigi itu tak dipekkan dalam pek bentuk ubat gigi biasa? Kenapa bentuknya perlu disamakan dengan pencuci muka AIKEN aku?!
Dan kenapa ia perlu berlaku ketika aku nak cepat dan bergegas-gegas?

Dahlah tu. Esok-esok sambung. Nak pegi guling-guling jap.

Meow.


3 comments:

  1. rumet aku kelakar!!!
    yg ko jtuh lt tu aku ada dgr tp knape aku xtau ko jtuh toilet?
    hahahaha
    sgt kelakar latep jatuh dlm bilik air yg kecik sekangkang kera tu!!!!
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. debat piala wacana part 3 dulu... mana sijil saya!!!! mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!!mana sijil saya!!!! HAHAHHAHAHAA

    ReplyDelete
  3. absent minded aka wafi, haha kau terlepas sbenanye perbualan wing kte aritu kowt..
    xmcm bdk2 kte sume tau..

    arifrusli, untuk pengetahuan anda, saya xpenah terlibat dlm penganjuran wacana part 3.. haha masa tu jadi hakim sekejap je.. huhu tapi mmg aku rindukan kau buteng n syasya brdebat

    ReplyDelete